
Apabila butod ini menjadi besar dan dewasa ia akan bertukar menjadi linggaung berwarna putih , linggaung masih boleh dimakan, ada juga orang yang makan kerana rasanya yang lemak. Selepas beberapa lama linggaung tadi akan menjadi dewasa berwarna hitam berbelang merah dan boleh terbang membentuk seekor serangga.

Apabila butod menjadi serangga, ia tidak dapat lagi dimakan. Sekarang ni kadang-kadang kita akan dapat melihat butod dijual di tamu dan harganya mahal kerana sukar untuk mendapatkannya.

No comments:
Post a Comment